Perbahasan RUU Akta Kerja 1955 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 21-3-2022
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021. Mengikut huraian dalam RUU ini, telah dituliskan bahawa untuk memenuhi pindaan ini antara lain memenuhi seperti yang dikehendaki Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA). Sebenarnya, TPPA telah sudah tidak berkuat kuasa digantikan dengan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP). Saya pun hairan kenapa masih ada TPPA yang ditulis dalam rang undang-undang ini.
Mengikut sejarah legislatif, Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan mulai pada 1957 apabila kita mencapai kemerdekaan dan sudah dipinda 11 kali dan pindaan terakhir pada tahun 2012. Sudah 10 tahun kita tidak meminda Akta Kerja dan tidak hairanlah kenapa ada begitu banyak 46 fasal yang dipinda.
Saya cadangkan pindaan perlu dilakukan kerap untuk meningkatkan dan juga menambah baik perlindungan dan kebajikan pekerja di samping untuk memenuhi piawaian perburuhan antarabangsa yang sering kali berubah. Di bawah Akta Kerja 1955 seksyen 1(2), ‘shall apply to Peninsular Malaysia only’ iaitu Semenanjung Malaysia sahaja.
Oleh itu, saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri sama ada satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ada diadakan untuk meminda juga di Sabah dan Sarawak dan juga extension kepada Federal Territory of Labuan dan minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen baharu 101C, ‘presumption to who is an employee and employer’. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana terdapat satu ketidakpastian. Saya ingin merujuk terhadap kes Uber BV and Others versus Aslam and Others yang telah diputuskan oleh Supreme Court England. A bench of seven judges pada tahun 2021.
Antara lain memutuskan Uber driver ialah worker dan bukan independent contractor. Kes itu Supreme Court judgement dalam kes Uber BV dan Aslam itu memastikan bahawa Uber driver adalah dilindungi di bawah Employment Law in England. Saya ingin highlight di sini bahawa kerajaan harus memastikan gig worker kita sama ada dari segi e-Hailing driver ataupun Foodpanda riders patut juga menerima perlindungan di bawah Akta Kerja kita.
Malaysia mempunyai melebihi 200,000 registered Grab driver dan Foodpanda riders sekurang-kurangnya 13,000. Oleh itu, mereka tidak dilindungi. Di bawah akta ini tiada perlindungan terhadap mereka.
Kerajaan tidak boleh membiarkan kontraktor Grab driver begitu sahaja Perlu ada statutory regulation supaya empower the gig worker.
Yang Berhormat Menteri boleh membaca ada 42 muka surat judgment kes untuk BV Uber tersebut di Supreme Court England. Walaupun hari ini kita meminda maternity leave 60 hari kepada 98 hari untuk memenuhi Konvensyen Bersalin tahun 2000 dan cuti paternity leave dari lima hari kepada tujuh hari paternity leave. Akan tetapi tidak extend kepada gig worker. Tidak extend kepada Foodpanda rider.
Bukan sahaja kita dalam perubahan landskap kerja, bukan sahaja ada employer dan ada employee. Sekarang ada konsep baru iaitu dependent contractor.
Ada konsep Employee, ada konsep dependent contractor, ada konsep independent contractor.
Antara dependent contractor e-Hailing, delivery rider, freelance writer, graphic artist, programmers yang tidak dilindungi di bawah Employment Act.
Walaupun mereka boleh juga ada bayar SOCSO dan sebagainya di bawah Self-employed, Employment Act 2017 tetapi a class of worker, dependent contractor yang belum diiktiraf di bawah Undang-undang Perburuhan di Malaysia. Ia tidak diiktiraf di bawah pindaan yang kita buat hari ini.
Satu perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, seksyen 69F menyatakan, “Director General may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of any matter relating to discrimination in employment”.
Tidak ada guideline kepada – tidak ada legislative guideline kepada Director General apa maksud discrimination in employment.
Sebelum ini, kita apabila libat urus pada versi terawal ada perkataan jelas “discrimination on the basis of gender, religion, race and disability” yang dinyatakan jelas dalam original version pindaan tetapi selepas dibawa ke RUU ini tidak dinyatakan secara spesifik apa maksud discrimination employment. Itu satu watered-down amendment.
Parlimen hendaklah memberikan guideline kepada Director General dan bukan di bawah budi bicara Director General bahawa mereka menggunakan sebarang maksud untuk discrimination in employment.
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan kepada setiap perkara yang saya nyatakan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment